BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 18 September 2009

My Home Tuition - Pengajar dan Pelajar

Salam-MHT percaya bahawa hubungan pelajar dengan gurunya sangat penting. Walau siapa pun, d.engan apa jua latar belakang, bijak atau tidak, rajin atau malas, mereka adalah insan yang perlu didekati dan difahami. kami mengambil pendekatan mudah, jangan panggil kami cik gu, pengajaran berlaku secara tidak formal, apa saja masalah, ceritakan dan kami akan mendengarnya dan secara langsung akan cuba membantu meringankan malah kadang kala menyelesaikan. Semua ini dilakukan supaya murid tersebut dapat belajar dengan lebih tenang dan fokus. Kami minta murid memanggil kami, "che bob atau cik ana".
Secara sedar atau tidak, sedaya mungkin kami mengharapkan pelajar kami selesa dengan proses pengajaran dan pembelajaran di MHT. Pelajar telah melalui pendidikan formal di sekolah, dengan berbagai tugasan dan kerja sekolah, dan kami tidak sekali-kali menambah beban mereka kerana pendidikan boleh berlaku dengan kepelbagaian kaedah. Namun demikian, kami tidak akan berkompromi dengan murid yang ingin mengambil kesempatan menjadikan MHT tempat untuk bersantai-santai tanpa fokus jelas. Semua perkara perlu berada di landasan yang betul, batas-batas tertentu dengan niat yang jelas. Menjadi pelajar yang lebih baik.

0 ulasan: