BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Rabu, 16 September 2009

Home Tuisyen - Terima kasih semua

Mengikut senarai yang ada, telah lebih 100 orang yang mendaftar dan pernah mengikut program tuisyen yang kami jalankan. Senarai terkini setelah tamat peperiksaan UPSR berkurangan dengan tumpuan kini untuk PMR dan peperiksaan akhir yang lain. Sepanjang Ramadan, pujian harus diberikan kepada murid-murid kerana tidak mengenal penat lelah, terus juga mengikuti kelas saban petang dan malam. Semangat mereka perlu terus disuburkan, bukan dimatikan. Sebagai guru, mendapat murid seperti mereka amat disyukuri.
Bukan semua sama, dari segi semangat, komitmen, daya juang dan pemikiran. Ada yang perlu dimotivasi selalu manakala yang lain penuh dengan motivasi. Kita tidak dapat seorang yang sempurna tetapi sebagai guru impian dan tanggung jawab adalah untuk menjadikan murid kami sesempurna manusia.
Usia Home Tuisyen kami hampir 2 tahun dan perkembangan terkini kelihatan sangat positif. Terima kasih kepada semua murid dan ibu bapa yang menyokong tanpa jemu.

0 ulasan: