BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 17 September 2010

Kembalikan semangat

Setelah puas bercuti raya selama lebih dari seminggu, kini tiba masanya untuk kembali belajar. Bukan senang untuk mendapatkan kembali mood belajar setelah melupakan untuk masa yang sangat lama. Namun demikian, jadilah seorang pelajar yang matang, kita boleh berubah kearah positif dengan cepat. Letakan tanggung jawab sebagai anak di hadapan, pejamkan mata rapat-rapat, lihat dengan mata hati pengorbanan mereka. Pasti kita akan segera mengenali diri kita.

Sabtu, 4 September 2010

Cuti dan bercuti

Salam semua,

Selamat bercuti kepada semua pelajar dan seluruh ahli keluarga yang selama ini menyokong kami. Tidak lupa kepada semua guru yang meluangkan masa untuk turut sama meningkatkan lagi kebolehan dan keupayaan murid MHT. Tentu saja ada yang sudah berada di kampung halaman bersama keluarga tercinta, kirim salam kami dari kejauhan. Kepada yang belum bergerak, hati-hati di jalan raya. Pulang semula ke JB sesempurna dulu.
Sukar untuk melaksanakan segala perancangan selama bercuti, namun inilah cabaran samada kepada ibu bapa atau pelajar. Dugaan sangat hebat dan yang kuat pasti berjaya. Bagaimana mencari kekuatan, belajar dari mereka yang susah. Keinsafan itu nilai yang sangat tinggi.