BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 18 September 2009

My Home Tuition - Pendekatan kami



Salam - Komunikasi sangat penting, sesuatu hubungan akan gagal tanpa komunikasi yang baik. Kami percaya dengan mewujudkan komunikasi yang baik antara pihak MHT dan ibu bapa akan menghasilkan impak yang baik. Demi menjaga hubungan yang telah terjalin ini, kami berusaha untuk mengenali lebih dekat semua ahli keluarga murid kami. Apa saja jurang yang mungkin wujud akan diatasi sedaya mungkin. Kami juga merangka aktiviti yang mampu untuk marapatkan antara guru dan murid supaya ada keselesaan ketika proses pengajaran berlangsung. Antaranya ialah:

1. Hadiah Hari Lahir setiap murid.
2. Hadiah kecemerlangan
3. Hadiah untuk Kuiz Segera
4. Sesi Motivasi Kedai Kopi Roti Canai
5. Hadiah Peningkatan Markah 50% -
6. Majlis BBQ tahunan
7. Belajar sambil jalan-jalan

MHT sebenarnya cuba menggambarkan bahawa tuisyen bukan satu bebanan tambahan murid dan ibu bapa sambil membuktikan bahawa semua murid mampu berubah dan berjaya asalkan mempunyai komitmen yang jitu. Kami tidak menjanjikan segalanya, bergantung kepada murid dan ibu bapa terbabit. Apa yang boleh ialah komitmen terbaik, lebih dari komitmen murid dan ibu bapa mereka. Kerana kejayaan murid kami adalah kejayaan kami.

Sekian dan jumpa lagi. Hubungi kami di talian ini - 018-7790064/018-7611170/014-2777829


0 ulasan: