BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Khamis, 17 September 2009

My Home Tuition - Bayaran Dan Jadual Belajar

Salam semua - Setelah lebih kurang 2 tahun menjalankan bisnes ini, sambutan yang diterima amat menggalakan. Namun segalanya diseimbangkan dengan tanggung jawab yang pastinya berganda. Ibu bapa mengharapkan perubahan dan kejayaan yang lebih cemerlang bakal dijelmakan oleh anak mereka, sekurang-kurangnya nampak perubahan. Bagi saya di MHT ini satu cabaran yang menarik, menjadikan anak-anak ini lebih positif dan mampu bersaing, lebih berdaya maju dan akhirnya memahkotakan diri dengan kejayaan. Bukan senang menggalasnya, tekanan memang sangat hebat, namun dihujung perjalanan nampak manisnya kejayaan.
Sekian lama memantau, MHT merasakan boleh tersenyum dengan kadar bayaran yang dikenakan. Sangat berpatutan dan termurah di pasaran, kerana kami mensasarkan lebih ramai murid mampu dan berpeluang mendapatkan pendidikan tambahan. Ini bekalan mereka untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan persaingan pada masa depan. Pihak kami di MHT tidak mahu mendengar keluhan bahawa "saya tidak mampu" sebagai alasan ibu bapa untuk melemahkan semangat belajar anak-anak. Oleh itu ruang untuk berbincang sentiasa terbuka luas. Kadar bayaran adalah seperti berikut:

Sekolah rendah : RM20 untuk setiap mata pelajaran (Seminggu sekali)

Sekolah menengah
Tingk. Satu : RM35 setiap mata pelajaran (Seminggu sekali)
( Pakej 3 mata pelajaran : RM100 sahaja dengan tambahan masa belajar)
Tingk. Dua : RM40 setiap mata pelajaran (seminggu sekali)
( Pakej 3 mata pelajaran : RM110 sahaja dengan tambahan masa belajar)
Tingk. Tiga (PMR) : RM50 setiap mata pelajaran (seminggu sekali)
( Pakej 3 mata pelajaran : RM130 sahaja dengan tambahan masa belajar)
Setiap sesi ialah selama 2 jam

Masa belajar di MHT sangat fleksibel. Ini kerana kami menjalankan kelas berkelompok 3 sesi sehari iaitu:

Isnin - Khamis
Dari 9.00 pagi - 11.00 pagi / 4.00 ptg - 6.00 ptg / 8.00 mlm - 10.00 mlm

Sabtu - Ahad
Dari 9.00 pagi - 12.00 tgh / 3.00 ptg - 6.00 ptg /

Jumaat adalah hari cuti

Meski pun jadual ini digunakan pada sesi 2009, pihak kami akan cuba untuk menyesuaikan dengan permintaan ibu bapa sedaya mungkin. Sebagai contoh, jika terdapat permintaan berlebihan untuk mendaftar, sesi baru akan diwujudkan. Ini kerana janji kami bahawa setiap kelompok secara rasmi tidak lebih 15 orang murid untuk 2 orang guru serentak.
Bermula bulan Oktober MHT akan beroperasi dengan rasminya di premis baru yang lebih selesa dengan kemudahan lebih lengkap dan terkini. Sekian dulu. Pertanyaan hubungi 018-7700064 / 013-7600639 / 018-7611170 . Apa salahnya bertanya.

0 ulasan: