BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 4 Oktober 2009

Tempat baru, semangat baru dan pendekatan terkini.







Oktober telah menyaksikan catatan baru perjalanan My Home Tuition. Kami beroperasi dalam premis baru yang lebih selesa. Jika ini pencapaian, kami berbangga, walau pun bagi sesetengah orang, ia kecil tetapi maknanya sangat besar untuk kami. Biar sentiasa berkembang dan manfaat akhirnya pergi kepada murid kami.
Mulai tahun hadapan, hasrat kami untuk membuka pendaftaran sehingga Tingkatan 5 (SPM) dan menjalankan kelas Tuisyen Secara On-Line. Namun demikian segalanya masih diperhalusi ,tentu sahaja mengenai kos, kawalan dan keberkesanan program kepada murid. Akhirnya apa yang lebih penting ialah apakah manfaat itu pergi kepada murid atau tidak.
Menolong murid menggunakan semaksima mungkin kebolehan diri adalah keutamaan kami di MHT. Untuk itu kami perlu berkembang mengikut zaman dengan mengemaskini teknologi pengajaran dan pemelajaran agar selari dengan perkembangan kurikulum hari ini.
Penggunaan internet satu keperluan, namun adakah penggunaan itu merentas kurikum. Persoalan itu menyebabkan MHT sangat berhati-hati memperkenalkan program ini. Kerana tanggungjawab yang dipikul melebihi persoalan untung dan rugi. Namun demikian kami percaya, niat yang baik tidak harus dibayangi terlalu banyak syak wasangka, pasti ada jalan penyelesaian. Murid-murid ini perlu dididik, bukan disisihkan dari teknologi kerana mereka adalah pewaris negara Malaysia yang tercinta ini.

0 ulasan: