BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 28 Ogos 2010

Salam Ramadan dan Syawal

Salam,

Sudah lama tidak menulis di blog, byk masa dihabiskan di facebook. Itulah manusia, pantang dpt yg baru. Mungkin tidak terus melupakan, tetapi mengabaikan sementara. Melalui internet, kita sentiasa dengan maklumat, menggunakan ke arah kebaikan. Ramai mengatakan dengan maklumat kita akan menjadi lebih baik ketika membuat keputusan.
Bagaimana dengan senario ini di mana murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR bercuti panjang, pulang berhari raya di kampung, kembali untuk menduduki peperiksaan 3 hari kemudiaan. Tidak terfikirkah pemikir di Kementerian Pendidikan akan semua kemungkinan ini atau penetapan sesi persekolahan ditetapkan 10 tahun yang lepas dengan hanya perubahan boleh dibuat oleh sidang parlimen.
Mungkin saya sangat tidak bijak untuk mengatakan anak-anak ini akan berkurang momentumnya setelah bercuti panjang atau mereka akan bijak berjuta kali setelah balik dari kampung bercuti main mercun, beraya sakan, dan melupakan buku sementara waktu.
Sebagai rakyat biasa, kita tahu betapa sukarnya mereka di kementerian yang sangat sibuk dengan berbagai urusan, tentu sahaja terlepas pandang perkara rakyat kecil di bawah, namun siapa yang akan bertanggung jawab jika "perancangan loglaq" ini memberi kesan kepada Ali dan Abu yang sebenarnya baru dipulihkan mentalnya. Hancur seluruh perancangan guru dan ibu bapa. Saya percaya kita tidak boleh menyerah kalah, membiarkan murid dikuasai keadaan percutiannya, kerana kita ingin melahirkan murid yang serba kuat dan bijak. Bagaimana dengan "perancang loglaq" yang sedang "nyenyak n tidoq" beselimut pangkat di sana.
Kepada semua teruskan semangat Ramadan dan bergembiralah seadanya di Syawal yang bakal menjelma.

0 ulasan: