BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka dan kemerdekaan

Salam,

Bertanya anak-anak, perlukah kemerdekaan, jika tidak merdeka, sukarkah untuk merdeka. Hari ini anak-anak akan bertanya dan kita perlu menjawabnya dengan lengkap. Tahniah kepada pemimpin dahulu yang berjuang untuk kemerdekaan ini. Negara yang sangat kaya dengan berbagai hasil bumi, laut, darat, dan udara. Cakap sahaja kita boleh tunjukkan apa hasilnya.
Kita juga berada dilaluan kapal utama timur dan barat, begitu juuga laluan udara yang menjadi perantara antara kawasan utama dunia. Bumi yang sangat subur, penduduk yang cintakan kedamaian, berilmu, sopan santun dan perpaduan walau agama dan kaum yang sangat berbeza cara hidupnya.
Banding kita dengan Thailand di utara, Indonesia dan Filipina. Sangat berbeza dari segala segi. Maka, sesiapa saja yang lahir dan membesar di bumi bertuah ini akan berjuang habis-habisan mempertahankan dari pencerobohan dan pengkhianatan.
Dalam zaman yang moden ini, maklumat yang terkini mudah diperolehi, kita menjadi hakim dan juri. Walau kita tidak boleh memenjarakan sesiapa, tetapi rasa geram dan marah boleh menjadi masalah jika ada ruang untuk diluahkan. Pemimpin kita terlalu gila berpolitik, adakah puluhan ribu sebulan wang rakyat digunakan untuk menyerang dan menyerang. Akhir sekali rakyat terus tersepit, manakala pemimpin dengan segala kemudahan akan terus makan emas, najisnya berlian.
Retorik 1 Malaysia tidak lebih lebel yang tiada makna jelas, selain dimainkan untuk menangguhkan penggunaan label lain. sebagai contoh, ada menteri yang dengan bangganya mengatakan sambutan hari kemerdekaan sangat berjaya dan menepati semangat 1 Malaysia. Bercakap dan terus bercakap, isinya bagai lagu Hindustan yang penuh cerita yang menyentuh hati dilayan bidadari cantik, tersedar perut lapar kerana belum diisi. Gembira hilang sekelip mata. Sekarang menjadi trend, semua acara menggunakan satu, menjadikan satu kampung satu bayi dibuang. Setakat suruh artis yang ??????? menyanyikan lagu seperti itu tidak lebih dari buang masa dan tenaga. Dah tu apa bangsa dan agama datuk dan nenek bayi tersebut, tentu sama dengan menteri terbabit. Program lain tentu saja cipta sebuah lagu lagi.
Kepada semua pemimpin, sudah-sudah dengan permainan politik bodoh kalian, fikirkan anak cucu cicit kita yang akan mewarisi kealpaan pemimpin mereka. Tidak kira pemerintah atau pembangkang, bekerjalah untuk rakyat sekuat anda mengumpul kekayaan untuk diri. Jangan sampai negara yang ada segalanya ini menjadi peminta sedekah terkenal di dunia.

0 ulasan: