BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 31 Ogos 2010

Merdeka dan kemerdekaan

Salam,

Bertanya anak-anak, perlukah kemerdekaan, jika tidak merdeka, sukarkah untuk merdeka. Hari ini anak-anak akan bertanya dan kita perlu menjawabnya dengan lengkap. Tahniah kepada pemimpin dahulu yang berjuang untuk kemerdekaan ini. Negara yang sangat kaya dengan berbagai hasil bumi, laut, darat, dan udara. Cakap sahaja kita boleh tunjukkan apa hasilnya.
Kita juga berada dilaluan kapal utama timur dan barat, begitu juuga laluan udara yang menjadi perantara antara kawasan utama dunia. Bumi yang sangat subur, penduduk yang cintakan kedamaian, berilmu, sopan santun dan perpaduan walau agama dan kaum yang sangat berbeza cara hidupnya.
Banding kita dengan Thailand di utara, Indonesia dan Filipina. Sangat berbeza dari segala segi. Maka, sesiapa saja yang lahir dan membesar di bumi bertuah ini akan berjuang habis-habisan mempertahankan dari pencerobohan dan pengkhianatan.
Dalam zaman yang moden ini, maklumat yang terkini mudah diperolehi, kita menjadi hakim dan juri. Walau kita tidak boleh memenjarakan sesiapa, tetapi rasa geram dan marah boleh menjadi masalah jika ada ruang untuk diluahkan. Pemimpin kita terlalu gila berpolitik, adakah puluhan ribu sebulan wang rakyat digunakan untuk menyerang dan menyerang. Akhir sekali rakyat terus tersepit, manakala pemimpin dengan segala kemudahan akan terus makan emas, najisnya berlian.
Retorik 1 Malaysia tidak lebih lebel yang tiada makna jelas, selain dimainkan untuk menangguhkan penggunaan label lain. sebagai contoh, ada menteri yang dengan bangganya mengatakan sambutan hari kemerdekaan sangat berjaya dan menepati semangat 1 Malaysia. Bercakap dan terus bercakap, isinya bagai lagu Hindustan yang penuh cerita yang menyentuh hati dilayan bidadari cantik, tersedar perut lapar kerana belum diisi. Gembira hilang sekelip mata. Sekarang menjadi trend, semua acara menggunakan satu, menjadikan satu kampung satu bayi dibuang. Setakat suruh artis yang ??????? menyanyikan lagu seperti itu tidak lebih dari buang masa dan tenaga. Dah tu apa bangsa dan agama datuk dan nenek bayi tersebut, tentu sama dengan menteri terbabit. Program lain tentu saja cipta sebuah lagu lagi.
Kepada semua pemimpin, sudah-sudah dengan permainan politik bodoh kalian, fikirkan anak cucu cicit kita yang akan mewarisi kealpaan pemimpin mereka. Tidak kira pemerintah atau pembangkang, bekerjalah untuk rakyat sekuat anda mengumpul kekayaan untuk diri. Jangan sampai negara yang ada segalanya ini menjadi peminta sedekah terkenal di dunia.

Ahad, 29 Ogos 2010

My Home Tuition dan kisah cuti

Salam semua pelajar MHT,

Kami percaya pelajar kami mempunyai komitmen dan daya juang yang sangat kuat, lantaran itu MHT hanya akan mula bercuti pada hari Rabu 8 September hingga Isnin 13 September 2010. Kelas akan berjalan seperti biasa kepada mereka ingin terus belajar pada 6, 7,14, 15,16 /9/2010.
Namun demikian sesi malam dibatalkan dan murid sesi tersebut boleh datang pada waktu pagi atau petang.
Kelas ganti juga akan diadakan oleh guru-guru setelah berbincang mengenai tarikh yang sesuai dengan murid dengan harapan tiada murid yang akan terlepas walau satu sesi kelas yang diadakan. Itu komitmen kami dan guru-guru MHT.
Biasanya masalah datang dengan jalan penyelesaian, kita mencari yang terbaik. Mungkin ini dugaan untuk murid kita, dan lebih penting siapa yang akan berjaya mengharungi dugaan tersebut. Kami di MHT akan terus berusaha menjadi sebahagian dari jalan penyelesaiaan. Seterusnya serahkan kepadaNya, siapa kita untuk terus melawan.

Sabtu, 28 Ogos 2010

Salam Ramadan dan Syawal

Salam,

Sudah lama tidak menulis di blog, byk masa dihabiskan di facebook. Itulah manusia, pantang dpt yg baru. Mungkin tidak terus melupakan, tetapi mengabaikan sementara. Melalui internet, kita sentiasa dengan maklumat, menggunakan ke arah kebaikan. Ramai mengatakan dengan maklumat kita akan menjadi lebih baik ketika membuat keputusan.
Bagaimana dengan senario ini di mana murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR bercuti panjang, pulang berhari raya di kampung, kembali untuk menduduki peperiksaan 3 hari kemudiaan. Tidak terfikirkah pemikir di Kementerian Pendidikan akan semua kemungkinan ini atau penetapan sesi persekolahan ditetapkan 10 tahun yang lepas dengan hanya perubahan boleh dibuat oleh sidang parlimen.
Mungkin saya sangat tidak bijak untuk mengatakan anak-anak ini akan berkurang momentumnya setelah bercuti panjang atau mereka akan bijak berjuta kali setelah balik dari kampung bercuti main mercun, beraya sakan, dan melupakan buku sementara waktu.
Sebagai rakyat biasa, kita tahu betapa sukarnya mereka di kementerian yang sangat sibuk dengan berbagai urusan, tentu sahaja terlepas pandang perkara rakyat kecil di bawah, namun siapa yang akan bertanggung jawab jika "perancangan loglaq" ini memberi kesan kepada Ali dan Abu yang sebenarnya baru dipulihkan mentalnya. Hancur seluruh perancangan guru dan ibu bapa. Saya percaya kita tidak boleh menyerah kalah, membiarkan murid dikuasai keadaan percutiannya, kerana kita ingin melahirkan murid yang serba kuat dan bijak. Bagaimana dengan "perancang loglaq" yang sedang "nyenyak n tidoq" beselimut pangkat di sana.
Kepada semua teruskan semangat Ramadan dan bergembiralah seadanya di Syawal yang bakal menjelma.