BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 13 Februari 2010

Tuisyen 2010 - Terima kasih semua

Lembaran baru My Home Tuition 2010. Pendaftaran sehingga hari ini sangat menggalakan. Walau ada sesi yang masih boleh diisi, keseluruhan sangat menakjubkan. Sesi untuk tingkatan 4 dan 5 sudah berjalan dengan sangat lancar. Terima Cikgu Wan Patma dan Cikgu Seha. Tentu saja tidak akan kami lupakan semua ibu bapa yang terus memberi kepercayaan kepada MHT untuk mendidik anak mereka. Tanpa mereka siapalah kami.
Kini MHT beroperasi dari premis tersendiri sepenuhnya dengan 2 bilik telah dilengkapi dengan pendingin hawa agar lebih selesa dan jika ada rezeki lebih, besar kemungkinan seluruh premis akan dihawa dinginkan. Ini bukan janji, tetapi bagaimana ibu bapa dan murid kami menyayangi kami, begitu juga kami. Memberikan mereka pendidikan dengan penuh rasa kasih sayang dan penuh rasa tanggungjawab dalam keselesaan.
Semakin ramai murid, semakin besar tanggungjawab, banyak yang terpikul di bahu dan banyak juga jawapan untuk pelbagai persoalan, namun kerjasama semua pihak sehingga hari ini sesungguhnya adalah tinggi, kami akan cuba sedaya upaya memenuhi impian semua. Salam penuh kasih sayang.

Selamat Tahun Baru Cina

Kepada semua rakyat Malaysia yang yang menyambut Tahun Baru Cina, selamat bergembira dan sambutlah dengan penuh rasa kasih sayang sesama warganegara. Sukar untuk menjadi seorang rakyat Malaysia tanpa rasa prejudis antara kaum, cuma tebal atau nipis rasa itu. Mengapa kita tanam rasa tidak sayang kepada kaum sendiri untuk menyayangi kaum lain. Amat pelik sekali, lantas apa yang boleh kita lakukan adalah rasa hormat menghormati antara warganegara. Kita menghormati pencapaian mereka dalam segala bidang dan kalau boleh meniru segala yang positif untuk diadaptasi dalam kehidupan kita.
Mengapa mereka berjaya, bagaimana mereka berjaya, apa kekuatan mereka, apa yang membuat mereka berdaya tahan, siapa sumber inspirasi mereka, dapatkan jawaapan segera dan tiru juga dengan segera. Jadikan perayaan mereka yang penuh dengan kejayaan ini sebagai titik tolak menjadikan bangsa kita sekuat mereka.
Mengapa kita sering menjadi mangsa buli mereka yang kita berikan kuasa politik, celik sedikit, siapa yang menindas bangsa mereka sendiri. Betapa kalutnya mempertahankan slogan retorik 1Malaysia. Sebenarnya tidak ada bangsa yang tidak bangun setelah ditindas tetapi tentu saja lebih baik jika kita bergegas bangun meniru bangsa yang berjaya supaya kita kuat dan mampu bersaing.
Tirulah MEREKA bangsaku, ingat setiap kali kita menunjukan 1 jari ada 4 lagi yang menunjuk kearah kita, tidak perlu slogan, ubahlah sikap kita, terutama saya yang mencatat. Sekian.