BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 17 Oktober 2009

My Home Tuition - Menambah nilai

Salam - Adakah hari ini kita telah panjatkan kesyukuran kepadaNya kerana memberikan tempoh yang lebih lama untuk bersama yang tersayang. Kita langsung tidak ingin menjadikan masa-masa yang berharga ini satu yang bernilai. Kita melihat masa yang berlalu sebagai nostalgia dan akan datang seperti sangat dinantikan. Apa persediaan kita atau biar masa itu berlalu lagi.
Kami di MHT sentiasa saja mengingatkan anak murid kami bahawa 2 atau 3 tahun itu bukan jangka masa yang lama. Masa tidak pernah menunggu kita, datang dan berlalu. Akhirnya, kita akan mendapati hampir sangat dengan peperiksaan. Jika takdirnya kita kuat, maka teruskan usaha, tetapi jika lemah. Kita melambai kepada kegagalan.
Kepada ibu bapa dan semua murid, berikan nilai kepada masa-masa yang kita lalui seharian, jangan disiakan dengan mudah, buat pengisian yang bermakna. Berikan nilai yang tinggi, kerana kita tidak akan dapat kembali masa yang berlalu.
Sehubungan dengan itu, mulai sekarang kami di MHT akan menjalankan proses pendaftaran untuk sesi 2010. Ketika ini mungkin sibuk dengan peperiksaan akhir tahun, namun persediaan untuk musim cuti panjang perlu dilakukan. Kami di MHT bersedia untuk menjadikan cuti anda bermakna dengan program tersendiri. Cukup mudah tetapi bermanfaat. Kami akan menjadikan cuti sebagai masa untuk mengulangkaji dan meneroka. Murid boleh memilih, namun kami akan memastikan yang dikejar dapat dan yang dikendong tidak cicir.
Anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut, kami sentiasa dihujung talian :
Mad Hayazi atau Pn Rozana
018-7700064/018-7611170
Masa cuti sangat berharga, jangan sia-siakan. Jadualkan aktiviti anda dengan cermat agar masa yang sangat berharga itu dimanfaatkan sepenuhnya.
Buat keputusan dengan segera kerana kami mensasarkan jumlah tertentu sahaja untuk memastikan keselesaan semua murid.

Khamis, 15 Oktober 2009

MHT - Menghadapi peperiksaan akhir tahun




Dua peperiksaan yang besar kepada murid tahun 6 dan tingkatan 3 telah berlalu. Debaran bukan sahaja dirasai oleh ibu bapa tetapi juga semua pendidik yang telah bertungkus lumus merealisasikan impian semua orang. Setiap ibu bapa inginkan kejayaan yang paling cemerlang, masa depan hari ini begitu disandarkan kepada kejayaan dalam pelajaran. Ibu bapa rela berbelanja besar demi memastikan anak mereka mendapat pendidikan yang paling sempurna. Ini pelaburan yang wajib biar pun mahal.


Namun demikian, hakikat sebenar ialah kesedaran. Bukan sahaja murid, ibu bapa, malah pendidik di sekolah mau pun di pusat tuisyen. Mangsa dalam situasi ini ialah ibu bapa. Adakah harapan ibu bapa telah disempurnakan oleh murid dan pusat tuisyen. Atau murid menjadikan tuisyen jalan keluar untuk bersosial atau pusat tuisyen hanya berfungsi kepada keuntungan tanpa ada rasa tanggung jawab. Maka kesedaran semua pihak berfungsi dalam situasi ini. Tidak salah bersosial, mengambil keuntungan dan memberi harapan, yang perlu ialah dalam keadaan penuh sedar. Agar segalanya seperti yang diimpikan.


Begitu juga kami di MHT, sentiasa mengingatkan diri sentiasa, agar apa saja yang dilaksanakan wajib bertunjangkan komitmen padu menjadikan semua murid kami berjaya dan semua ibu bapa mampu tersenyum bangga. Kami sedar bahawa keupayaan murid tidak sama, maka kayu ukur tentu juga tidak sama, tetapi apakah seluruh keupayaan telah dicungkil semaksima mungkin. Itu janji kami, menyerlahkan semaksima mungkin keupayaan murid.


Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang, komitmen kami boleh anda nilaikan. Daftar sekarang kerana tempat sangat terhad.

Peperiksaan akhir tahun bakal tiba, sudahkah anda bersedia. Jadikan diri murid yang sentiasa sedar akan tanggung jawab yang dipikul. Hubungi kami:

Mad Hayazi Bin Harun dan Pn Rozana Bt Mamat

018-7700064/018-7611170(Gambar sebahagian murid sesi pagi dan petang)

Ahad, 4 Oktober 2009

Internet - Antara keburukan dan kebaikan


Internet - Anugerah Allah kepada manusia melalui teknologi. Seperti biasa Allah sentiasa menguji samada manusia akan leka dan tersasar dengan teknologi baru ini atau menggunakan sebagai jalan kearah kebaikan dan keilmuan. Di bawah adalah artikel menarik yang dipetik dari Berita Harian On-Line. Fikirkan bagaimana kebaikan dan keburukan sebenarnya bersempadankan niat yang datang dari hati. Bagaimana menguruskan niat, ilmu dan iman adalah kombinasi yang pasti.


Risiko internet
Oleh Mohd Azis Ngahazis@bharian.com.my
Aktiviti dalam talian tanpa sempadan, kawalan dedah remaja dengan pelbagai risiko KETIKA ibu bapa mula menutup lampu bilik untuk tidur, sedarkan mereka bahawa anak remaja mereka masih berjaga, lampu bilik masih menyala dan komputer masih terpasang. Apa yang mereka lakukan di dalam bilik ialah melayari dunia siber tanpa sempadan bersendirian. Jika diacukan kepada ibu bapa soalan 'Adakah anda tahu di mana anak anda di dalam talian - jawapannya ialah tidak tahu'.
Itulah kelemahan dan kurangnya kesedaran ibu bapa mengenai kepelbagaian aktiviti dalam talian dilayari remaja hari ini yang sebenarnya datang bersama dengan pelbagai risiko. Berdasarkan kajian 'Norton Online Living Report (NOLR) di Malaysia' mengenai tabiat penggunaan internet di negara ini, pasti ibu bapa terkejut kerana remaja di negara ini sebenarnya menghabiskan masa 16 jam seminggu melayari internet. Jumlah itu sebenarnya enam jam lebih banyak daripada masa purata NOLR peringkat global berdasarkan kajian ke atas 12 negara utama dunia dan ia juga empat jam lebih banyak daripada ibu bapa mereka.
Hakikatnya, itulah yang tidak disedari ibu bapa yang menyangkakan anak mereka cuma melayari internet pada masa tertentu saja, sedangkan kajian mendapati mereka sebenarnya menghabiskan masa dua kali lebih banyak daripada apa yang difikirkan mereka. Walaupun di rumah dan sekolah, remaja hanya dibenarkan memasuki akses internet popular iaitu yang dibenarkan saja. Keadaan ini sebenarnya menjadikan mereka semakin ghairah mencari persekitaran alternatif yang jauh dari pandangan ibu bapa, terutama keluarga yang sentiasa sibuk. Disebabkan itulah, 31 peratus daripada mereka melayari internet di kafe siber yang boleh didapati di mana-mana, manakala bagi remaja yang mempunyai rakan atau komputer riba persendirian, kajian mendapati 26 peratus daripada mereka gemar melepak di rumah rakan melayari internet. Isu yang menarik dibincangkan ialah apa sebenarnya yang dilakukan remaja di dalam talian, adakah mereka memanfaatkan kemudahan itu untuk sesuatu yang berfaedah atau sekadar mencari keseronokan yang akhirnya memakan diri serta menjadi faktor penyumbang gejala sosial.
Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, berkata bagi ibu bapa yang cetek pengetahuan dan pengalaman mengenai internet berbanding anak mereka, isu itu boleh menjadi punca kebimbangan utama mereka seperti ditemui melalui hasil kajian NOLR. "Internet ialah satu sumber yang bagus, pelbagai, peluang mencari sesuatu maklumat yang agak mustahil untuk didapati serta mempunyai sejuta peluang mencari kawan baru dan mengenai pelbagai jenis manusia di dalam talian. Namun bagaimana penggunaannya, itu yang menjadi persoalan," katanya. Walaupun 72 peratus ibu bapa mendakwa mengetahui aktiviti anak mereka ketika melayari internet, bukti kajian menunjukkan daripada senarai aktiviti yang dipilih, dipersetujui bersama ia sebenarnya berlawanan, berbeza daripada tanggapan serta realiti apa yang dilakukan anak mereka. Dengan kata mudah, lain yang dibenarkan, lain pula yang dicari. Itu yang ditegah, itulah yang akan diselongkar dan dibongkar kerana melakukan sesuatu yang terlarang itu memang godaan kuat. Jika ibu bapa bersikap sambil lewa dan tidak begitu menghiraukan aktiviti internet anak mereka, sudah pasti mereka terkejut dengan hasil laporan NOLR kerana 60 peratus daripada mereka cuma menghabiskan masa melayari laman sembang dan berbual di dalam talian dengan individu tidak dikenali. Effendy berkata, ia berlaku lebih daripada sekali dalam tempoh seminggu dan 51 peratus daripada mereka berdepan risiko tanpa disedari kerana mendedahkan maklumat peribadi di dalam talian. "Empat daripada lima remaja didapati mengakses bahan haram atau tidak berlesen. Ibu bapa percaya sebahagian besar aktiviti di dalam talian yang dilayari anak cuma terbatas kepada elemen hiburan dan aktiviti perjudian komputer (games) tetapi elemen itu bukan keutamaan remaja. "Hakikatnya, mereka melayari sesuatu di luar batasan dan kawalan kerana internet boleh dilayari tanpa sempadan. Mereka melayari aktiviti yang dikategorikan berfrekuensi tinggi iaitu video (91 peratus), rangkaian sosial (89 peratus) dan muat turun pelbagai fail (91 peratus)," katanya. 'Ibu bapa perlu ambil tahu ketika anak dalam talian' BIARPUN dilanda kesibukan bekerja tanpa banyak masa dihabiskan memantau aktiviti anak di rumah atau sekolah, ramai ibu bapa di Malaysia mengakui mereka sanggup dan sudah melakukan sesuatu yang lebih baik untuk melindungi anak mereka ketika melayari internet. Sebanyak 58 peratus daripada responden percaya kawalan ibu bapa adalah kaedah berkesan mencapai sasaran mengurangkan penularan gejala negatif melalui internet. Kajian mendapati 45 peratus ibu bapa menegur anak mereka melakukan sesuatu yang salah atau tidak sesuai dalam talian dan 39 peratus daripada mereka mengintip penggunaan internet anak. Menyedari keadaan yang tidak begitu sihat kerana mudah terdedah kepada pelbagai ancaman dan risiko, 77 peratus ibu bapa sudah menasihati anak mereka supaya mengamalkan tabiat baik dan memilih talian selamat, manakala 60 peratus daripada mereka menyediakan set kawalan internet yang dikawal ibu bapa. Ketua Urusan Pengguna, Kawasan Asia Selatan Symantec, Effendy Ibrahim, menjelaskan walaupun beberapa langkah positif sudah diambil, hakikatnya internet sudah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan hingga menyebabkan wujudnya batas sempadan antara ibu bapa dan anak kanak. "Isu mengenai kanak-kanak bertemu dalam talian dan bagaimana kita boleh melindungi mereka dengan pengetahuan yang cetek, sedangkan semua risiko itu tidak pernah berkurangan. "Hasil kajian ini boleh dijadikan peringatan kepada keluarga kerana ibu bapa mengambil masa untuk memahami tabiat dan hala tuju anak sama ada di dalam talian atau aktiviti luar. Pendekatan sesuai ialah membenarkan mereka melayari internet tetapi dengan pengawasan dan perlindungan mencukupi," katanya. Selain remaja, orang dewasa juga sebenarnya berisiko ketika berurusan dan melayari internet kerana 45 peratus daripada mereka tidak yakin maklumat peribadi mereka di talian tidak selamat. Namun, sebahagian besar percaya penipuan dalam talian hanya berlaku kepada individu cuai terhadap maklumat peribadi dan mereka cukup yakin boleh melayari laman web rasmi tanpa sebarang keraguan. Hakikatnya, semua itu bukannya satu hak eksklusif kerana sebarang pencerobohan, memanipulasi dan penipuan boleh dilakukan oleh mereka yang berniat jahat. Laman web sah dan rasmi juga berisiko dan boleh menjadi ancaman kepada pelawat tanpa mereka sedari. Hakikatnya, orang dewasa dan remaja Malaysia sebenarnya berdepan dengan sesuatu yang sangat berisiko berdasarkan fakta kajian berikut iaitu:
Seorang daripada setiap lima dewasa menyimpan kata laluan mereka dengan menulis pada sekeping nota yang diletakkan berhampiran komputer mereka.
24 peratus orang dewasa menggunakan kata laluan sama untuk semua urusan.
48 peratus orang dewasa terlalu bergantung kepada perisian bebas AV dengan hanya 16 peratus menganggap tahap kemahiran komputer mereka cemerlang.
Lebih satu perempat orang dewasa itu memeriksa 'lari imbas' AV setiap bulan atau kurang.
Hanya 34 peratus remaja mempunyai fail sokongan dalam komputer.

INFO: Kajian NLOR di Malaysia dikendalikan Saffron Hill bagi pihak Symantec antara 14 April 2009 hingga 4 Mei 2009

Responden
397 orang dewasa berusia 20 tahun ke atas, termasuk 93 keluarga yang mempunyai anak berusia 8 hingga 17 tahun)
35 remaja berusia 15 hingga 19 tahun. Kajian NLOR global:
Responden: 9,000 dewasa dan remaja
12 negara: Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Sweden China, Jepun, India, Australia, Brazil.
7 daripada 10 dewasa berpendapat internet membantu mereka menjadikan hubungan lebih baik.

Hasil kajian global:
92 peratus menggunakan pangkalan e-mel untuk komunikasi dengan kawan dan keluarga.
42 peratus menggunakan web cam, dengan China mencatatkan penggunaan paling tinggi (74 peratus), India (68 peratus), Brazil (66 peratus) dan Perancis (53 peratus).
Separuh daripada orang dewasa menggunakan jaringan sosial.
7 daripada 10 mengakses foto secara on-line dan guna IM
24 peratus layari laman sosial Twitter.


Tempat baru, semangat baru dan pendekatan terkini.







Oktober telah menyaksikan catatan baru perjalanan My Home Tuition. Kami beroperasi dalam premis baru yang lebih selesa. Jika ini pencapaian, kami berbangga, walau pun bagi sesetengah orang, ia kecil tetapi maknanya sangat besar untuk kami. Biar sentiasa berkembang dan manfaat akhirnya pergi kepada murid kami.
Mulai tahun hadapan, hasrat kami untuk membuka pendaftaran sehingga Tingkatan 5 (SPM) dan menjalankan kelas Tuisyen Secara On-Line. Namun demikian segalanya masih diperhalusi ,tentu sahaja mengenai kos, kawalan dan keberkesanan program kepada murid. Akhirnya apa yang lebih penting ialah apakah manfaat itu pergi kepada murid atau tidak.
Menolong murid menggunakan semaksima mungkin kebolehan diri adalah keutamaan kami di MHT. Untuk itu kami perlu berkembang mengikut zaman dengan mengemaskini teknologi pengajaran dan pemelajaran agar selari dengan perkembangan kurikulum hari ini.
Penggunaan internet satu keperluan, namun adakah penggunaan itu merentas kurikum. Persoalan itu menyebabkan MHT sangat berhati-hati memperkenalkan program ini. Kerana tanggungjawab yang dipikul melebihi persoalan untung dan rugi. Namun demikian kami percaya, niat yang baik tidak harus dibayangi terlalu banyak syak wasangka, pasti ada jalan penyelesaian. Murid-murid ini perlu dididik, bukan disisihkan dari teknologi kerana mereka adalah pewaris negara Malaysia yang tercinta ini.